1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
1. SKIM PERKHIDMATAN
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1, N2, N3, N4.
2. PERINGKAT ORGANISASI
Pelbagai Jabatan/Kementerian/Badan Berkanun.
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, akan tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas melibatkan pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
4.1 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1, N2, N3, N4
4.1.1 Aspek Perkeranian
a. Pentadbiran pejabat.
b. Pengurusan personel
i. perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia.
ii. perkhidmatan, latihan dan kerjaya.
iii. gaji, elaun dan kemudahan.
iv. faedah persaraan.
c. Pengurusetiaan.
d. Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e. Pengurusan rekod.
f. Pengurusan kewangan.
g. Pengurusan fail.
4.1.2 Aspek Operasi
a. Pengurusan Keselamatan dan Ketenteraman
i. bangunan, kawasan dan pejabat.
ii. harta alih dan tidak alih.
iii. kediaman dan kuarters kerajaan.
iv. rumah pangsa kerajaan.
v. harta dan kemudahan awam.
b. Pengurusan kebersihan
i. pengurusan kebersihan (bangunan, kawasan dan pejabat; harta alih dan tidak alih; kediaman dan kuarters kerajaan; rumah pangsa kerajaan; dan harta dan kemudahan awam).
ii. pengurusan aktiviti kawalan vektor penyakit.
iii. pengurusan tapak pelupusan sampah.
c. Pengurusan utiliti
i. pengurusan meter air termasuk menyelenggara akaun, membaca meter air, mengeluarkan bil air serta memastikan penyelenggaraan meter dan paip air dilakukan dengan sempurna.
d. Pengurusan taman dan kemudahan awam
i. pengawasan dan kawalan kakitangan dan pengunjung taman awam.
ii. memastikan kebersihan taman awam. dan kemudahan ii. pengurusan aktiviti menghias kawasan awam. dan mengindah
e. Perkhidmatan kaunter dan pemprosesan
i. pelesenan/permit.
ii. kutipan hasil/cukai.
iii. pendaftaran.
iv. permohonan hak milik, tukar syarat.
f. Pengurusan data dan maklumat
i. bancian dan soal-selidik.
ii. pengumpulan, semakan, kemasukan, penyelenggaraan data.
iii. kemasukan, penyelenggaraan dan pengurusan rekod HRMIS.
g. Protokol dan istiadat.
h. Penguatkuasaan.
i. menghantar bil cukai, waran mahkamah dan waran tahanan.
ii. penyitaan.
iii. penyelenggaraan rekod rampasan.
iv. membantu urusan lelongan harta.
i. Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi – penghantaran (coding), penerimaan (decoding) dan pemprosesan maklumat (reporting).
j. Pengurusan aktiviti setempat
i. pengurusan majlis keramaian.
ii. pengurusan aktiviti kemasyarakatan (seperti gotong-royong, upacara keagamaan dan sambutan perayaan).
iii. pengurusan pasar malam.
5. HUBUNGAN KERJA
Dalaman
a. Rakan sekerja di bahagian/unit cawangan yang sama.
b. Kakitangan bahagian lain dan dalam organisasi yang sama.
Luaran
a. Orang awam.
b. Agensi kerajaan yang berkaitan.
c. Badan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
d. Agensi swasta.
6. PERSEKITARAN KERJA
a. Dalam dan luar pejabat.
7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)
a. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer, kemahiran menaipdan mengendalikan peralatan pejabat dan komunikasi.
8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN
a. Bersih, cekap dan amanah.
b. Jujur.
c. Bertanggungjawab.
d. Berminat dan berdedikasi.
9. ANCAMAN/BAHAYA
a. Terdedah dengan unsur rasuah.
b. Terlibat dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sumber : Lampiran I, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009.
kredit dan sumber asal maklumat klik sini JPA




Post a Comment